Kami menyediakan resepi mudah dan ringkas untuk anda cuba. Minum petang bersama Roti Swiss Roll Cheese yang sedap. Selamat mencuba!
Bahan-bahan :
-Roti
-Cheesedale
-Sosej
-Telur
Cara-cara :
1.Potong sosej kepada dua bahagian.
2.Ambil roti dan gelek roti tu sampai jadi nipis.Gelek kuat-kuat sikit di bahagian kerak tu.
3.Ambil sekeping cheesedale dan letak tengah atas roti yang dah digelek. Ambil sosej yang dah dipotong dua letakkan atas cheesedale.
4.Step keempat, bolehla mula menggulung roti. Pastikan kemas, dan tekan-tekan sikit dengan jejari. Untuk yang hujung, boleh sapu dengan telur sikit sebagai gam untuk bagi kemas dan tak terbuka.
5.Dan akhirnya siap!! Ulang step atau langkah yang sama untuk roti-roti yang seterusnya.
Sunday, 14 August 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment