Monday, 15 August 2016

Resepi Maggi Goreng Mamak Simple

Khas buat peminat maggi, anda boleh mempelbagaikan resepi maggi untuk dimakan. Selamat mencuba resepi maggi goreng mamak simple tapi sedap.

Bahan-bahan :

(*)Maggi-rebus hingga lembut
(*)Daging/ayam
(*)Sosej
(*)Bawang merah
(*)Bawang putih
(*)Cili api/cili mesin
(*)Perencah maggi kari
(*)Kobis
(*)Telur
(*)Sedikit kicap

Cara-cara :

1.Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili api. Ketepikan.
2.Panaskan minyak dan goreng daging atau ayam sehingga masak.
3.Masukkan bahan-bahan tumbuk dan tumis sehingga wangi dan masukkan perencah Maggi. Masukkan juga sedikit kicap dan sayur.
4.Pecahkan telur ke dalam kuali. Masukkan Maggi yang telah direbus dan kacau sehingga rata. Siap untuk dihidangkan.




0 comments:

Post a Comment