Bahan-bahan untuk dikisar :
(*)Bawang merah 10 biji
(*)Bawang Putih 5 biji
(*)Ikan Bilis setengah cawan ( direndam dahulu )
(*)Cili padi/ cili kering 15 tangkai
(*)Serai 1/2 inci
(*)lengkuas 1/2 inci
Bahan-bahan untuk Dihiris :
(*)Kentang sederhana besar 5 biji dihiris
(*)Tauhu basah 3 keping ( Potong bentuk rectangle )
(*)Tempe 5 keping ( dihiris nipis dan kecil )
(*)Fucuk 3 keping ( digunting dan direndam )
(*)Soo Hoon sebungkus kecil ( digunting dan direndam )
(*)Ikan Bilis sederhana besar ( digoreng )
(*)Bawang Besar 2 biji ( dihiris )
Bahan-Bahan Lain :
(*)Kicap lemak manis
(*)Santan pekat 1 1/2 cawan
(*)Asam jawa 1/4 cawan
(*)Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara Membuatnya :
1.Goreng terlebih dahulu kentang yang sudah dipotong nipis dan disejatkan airnya.
Diikuti goreng tempe, tauhu basah dan ikan bilis.
2.Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang dikisar. Kacau sehingga naik bau.
Masukkan juga bawang besar yang sudah di hiris.
3.Masukkan bahan-bahan yang sudah digoreng dan dipotong tadi secara beransur.
Kacau sekali lagi.
4.Masukkan pula fucuk dan soo hoon.
5.Masukkan kicap, asam jawa dan santan pekat.
6.Kacau sekali lagi sehingga kering dan sedia untuk dihidang.
0 comments:
Post a Comment