Buat anda yang sukakan makanan dimasak segera, selamat mencuba Resepi Spagetti Bolognese ini!
BAHAN - BAHAN :
-Spagetti
-Satu botol kimball spaghetti sos
-2 @ 3 sudu besar bawang besar yang telah diblend
-1 sudu besar bawang putih yang telah diblend
-3 @ 4 sudu besar cili boh
-Dada Ayam dipotong dadu
-Garam gula secukup rasa
-Air
CARA-CARA :
1.Rebus spaghetti. Keluarkan kuali, panaskan dan letak minyak.
2.Bila minyak dah panas, tumis bawang besar dan bawang putih tadi sampai garing.
3.Agak-agak dah garing dan kekuningan, tumis pula cili boh tadi sampai garing juga.
4.Masukkan sos kimball tadi. masukkan ayam cincang dan gaul sampai sebati.
5.Masukkan sedikit air.Kecilkan api.Masukkan garam dan gula secukup rasa. Siap.
Monday, 8 August 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment