Sunday 7 August 2016

Sagu Manis Gula Melaka

Pulang kerumah pastinya anda merasa dahaga dan mahukan pencuci mulut selepas makan. Sagu Manis Gula Melaka boleh disimpan lama didalam peti ais dan dimakan bila-bila masa sahaja. Hilangkan dahaga anda dengan Sagu Manis Gula Melaka. Selamat Mencuba!

Untuk Sagu :

-1 cawan biji sagu (warna putih)
-1 liter air
-1 helai daun pandan simpul
-Pewarna kegemaran
-Jagung manis

Cara-cara Membuat :

1.Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam.Toskan.
2.Didihkan air bersama daun pandan. Setelah mendidih,
masukkan biji sagu dan masak.
3.sehingga sagu bertukar jernih. Tutup api.
4.Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yangmengalir
untuk buang kanji. Titiskan warna kegemaran dan kacau menggunakan garfu.
5.Tuangkan ke dalam acuan yang disukai.
Masukkan dalam peti sejuk untuk disejukkan.

Untuk Manisan :

-1 ketul gula melaka
-1/2 cawan gula pasir
-1/2 cawan air
-1 helai daun pandan

Cara-Cara Membuat :
Satukan semua bahan, masak hingga gula larut dan pekat kemudian tapis.

Santan:
-1 cawan pati santan
-1/4 sudu teh garam

atau:
Susu cair

Cara Menghidang:
Keluarkan sagu dari acuan, curahkan gula melaka dan susu cair.
Letak sesudu jagung manis.





0 comments:

Post a Comment