Friday 19 August 2016

Filled Under:
,

Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai

Pastinya anda dilema memilih resepi masakan terbaik untuk keluarga anda. Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai ini pasti tidak mengecewakan anda. Selamat mencuba!

Bahan-bahannya :

>>1/2 ekor ayam dipotong kecil-kecil
>>4 biji bawang merah ditumbuk
>>2 ulas bawang putih ditumbuk
>>1 labu bawang besar dimayang
>>2 batang serai - dititik
>>2 biji buah tomato - dipotong 4
>>Bunga kobis, Kacang buncis, Lobak dan Jagung manis
>>Sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
>>1 sudu besar cili boh
>>Garam

Cara-cara Membuatnya :

1)Panaskan kuali, gorengkan ayam sehingga separuh masak.
2)Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili boh.
3)Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan sedikit air. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
4)Bila sudah mendidih, masukkan bawang besar dan buah tomato.
5)Semasa menghidang, perahkan limau kasturi.





0 comments:

Post a Comment