Monday 8 August 2016

Filled Under:
,

Resepi Ayam Masak Kurma Spesial

Pastinya anda dilema untuk memilih menu masakan setiap hari, agar tidak membosankan. Resepi Ayam Masak Kurma Spesial ini pasti tidak menghampakan. Selamat mencuba!

Bahan-bahan :

-1 ekor ayam dipotong 16
-2 biji bawang besar India dihiris
-2 batang kayu manis
-3 kuntum bunga lawang
-3 biji buah pelaga
-1 sudu besar rempah kasar (halba, biji sawi, jintan)
-2 kuntum bunga cengkih
-1 inci halia
-2 paket (100gm) rempah kurma
-5 biji tomato
-7 biji kentang
-5 biji cili hijau
-1 - 2 liter air

Cara-cara membuatnya :

1.Panaskan minyak, tumis bawang, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih dan rempah kasar hingga bawang kekuningan dan naik bau.
2.Kemudian masukkan ayam dan kacau rata.
3.Masukkan sedikit air (lebih kurang 1/2 cawan) dan diikuti dengan kentang yang telah dipotong empat.
4.Masukkan cili hijau dan tomato dan kacau rata. Masukkan lagi 1/2 cawan air dan kacau rata.
5.Apabila nampak ayam sudah mula mahu masak, masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan 1 cawan air. Kacau rata.
6.Masukkan 1-2 cawan air lagi jika masih pekat. Masak kurma akan mula mendidih. Kacau sentiasa.
7.Jika kentang sudah empuk, barulah diperasakan dengan garam.




0 comments:

Post a Comment