Saturday 6 August 2016

Resepi Cucur Udang Rangup



Memasak itu sungguh mudah bukan, tetapi memasak masakan yang sedap dan memikat hati keluarga itu memerlukan resepi yang terbaik. Silakan cuba resepi mudah dan ringkas ini sebagai hidangan minum petang anda. Selamat Mencuba.

Bahan – Bahan :

**2 cawan tepung gandum
**6 ekor udang
**1 biji telur
**1 s/t serbuk yis
**1 biji bawang besar di potong dadu
**daun bawang/daun kucai
**1 1/2 cawan air suam
**taugeh
**lada besar dipotong dadu
**garam
**sedikit serbuk kunyit

Cara-cara :

1.Campurkan serbuk yis dengan sedikit air suam  dalam cawan dan  biarkan 5
minit dengan bekas tertutup.

2.Masukkan campuran serbuk yis tadi ke dalam adunan tepung dan campurkan semua bahan di atas.
Biarkan adunan tertutup selama 30 minit untuk memastikan anda dapat cucur udang yang rangup nanti.

3.Adunan cucur udang boleh digoreng selepas 30 minit menggunakan minyak yang telah dipanaskan
dengan api sederhana . Siap. Boleh dimakan dengan kuah kacang atau sos cili .




0 comments:

Post a Comment