Monday 8 August 2016

Resepi Bechamel Cheese Sedap (Makaroni Bakar Cheese)

Pastinya anda ingin merasa masakan Barat sekali sekala. Anda tidak perlu ke kedai lagi untuk mencubanya. Selamat mencuba resepi ini.

Bahan-bahannya :

(**)1/2 bungkus makaroni
(**)300g daging kisar
(**)1 tin tomato kisar/diced
(**)10 biji cherry tomato – potong 4
(**)1/2 biji capsicum
(**)1 biji besar bawang kuning – dadu
(**)2 ulas bawang putih -dadu halus
(**)1 sudu kecil rempah bolognese
(oregano, daun parsli,bay leave)
(**)3 sudu mentega
(**)2 sudu tepung gandum
(**)2 gelas susu segar
(**)100g mozarella cheese yang telah diparut
(**)2 sudu minyak zaitun/jagung
(**)sedikit air
(**)garam dan lada hitam

Cara-caranya :

Sos Daging

1.Panaskan minyak.
2.Tumiskan bawang putih sehingga layu.
3.Masukkan bawang besar, masak sehingga layu.
4.Selepas itu masukkan daging kisar, kacau sehingga masak.
5.Tambahkan tomato kisar , rempah dan sedikit air.
6.Rasakan dengan garam dan gula, letak tomato ceri dan capsicum, bila masak tutupkan api.

Sos Putih

1.Cairkan mentega.
2.Masukan gandum, masak sehingga sedikit berbuih.
3.Selepas itu, masukkan susu segar, masak sehingga sedikit pekat di atas api yang kecil.
4.Letak secubit garam dan serbuk buah pala.
5.Bila pekat tutup api, masukkan sedikit keju.

Cara melapis:

1.Lapis secara alternate  pasta, meat sauce, sos putih, pasta, meat sauce, sos putih.
2.Pastikan sos putih adalah yang paling atas.
3.Lepas tu taburkan cheese mozzarella atas sekali.
Bakar selama 25 minut atau sehingga perang keemasan.
Nota : boleh juga tabur cheese dalam setiap lapisan




0 comments:

Post a Comment