Sunday 7 August 2016

Filled Under:
,

Ayam Masak Buttermilk Cheese Pedas

Bagi yang suka mencuba resepi baharu, anda pasti tidak dilema lagi. Ayam Masak Buttermilk Cheese Pedas sangat sedap dan sesuai untuk seisi keluarga.

Bahan-Bahan:

Dada Ayam – Potong Kiub Kecil
1 Biji Telur (Putih Sahaja)
1/2 cawan Tepung Kentucky
2 s/b Butter
1 Ulas Bawang Putih dicincang
2 Tangkai Daun Kari
3 Biji Cili Padi
1/2 cawan Susu Cair
Garam & Serbuk Lada

Cara-cara :

1.Perapkan ayam dengan garam, serbuk lada dan putih telur selama 5-10 minit.
2.Golekkan ayam yang telah diperap ke dalam tepung Kentucky dan goreng sehingga masak dan garing.
3.Cairkan butter dan tumis bawang putih, daun kari serta cili padi sehingga wangi.
4.Masukkan susu sedikit demi sedikit, tambah garam & lada, kacau sehingga menjadi pekat.
5.Tuangkan kuah ke atas ayam goreng dan bolehlah dihidangkan dengan nasi putih.




0 comments:

Post a Comment