Sunday 14 August 2016

Resepi Char Kuey Teow Lazat

Anda teringin memakan char kuey teow tetapi ingin safe budget? Cubalah resepi mudah ini untuk seisi keluarga anda. Menu ini boleh dijadikan masakan minum petang atau makan malam. Selamat mencuba!

Bahan-bahan untuk Kuah :

-200g udang
-250ml air
-4 ulas bawang putih diketuk
-6 s/b sos tiram
-3 s/k kicap pekat
-3 s/b kicap manis
-1 s/k petis
-2 s/b pati ikan bilis / pati udang
-2 s/k garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1s/k)
-1 s/k gula

Bahan-bahan untuk Mee :

-300g kuey teow
-1 s/b cili boh
-kerang
-sedikit kucai & taugeh
-2 biji telur

Cara-cara Membuatnya

Kuah :

1.Rebus udang dengan air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jangan dibuang.

2.Campurkan semua bahan untuk kuah dengan air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi kuah yang agak pekat.
Matikan api biarkan kuah sejuk dan bolehlah simpan dalam fridge.

Mee :

1.Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4s/b kuah tadi. Masukkan udang yang telah direbus dan kerang.
Biasanya penang char kuey teow agak berkuah jadi letak sikit air 1/2 cawan.

2.Apabila air mendidih masukkan kuey teow, kucai, taugeh dan kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat.
Proses memasak kuey teow ni dalam 3-4 minit saja, pastikan api kuat semasa memasak.




0 comments:

Post a Comment