Monday, 28 March 2016
Filled Under:
Petua
8 Petua Menghilangkan Panas Badan
Posted By:
Unknown
on 23:36
8 Petua menghilangkan panas badan.
Badan kita akan berasa panas akibat suhu persekitaran yang tinggi terutama di waktu sekarang dengan gejal1a El-Nino atau selepas makan makanan yang memanaskan badan.
Badan akan sering berpeluh dan menimbulkan masalah bau yang kuat dan adakalanya sampai sukar untuk tidur di waktu malam.
Petua-petua di bawah ini untuk menghilangkan atau menurunkan panas badan. Coba lah!!
1) Minum jus lemon : Perah sebiji lemon dan bancuh bersama segelas air dan sedikit gula.
2) Minum jus timun : Kisar sebiji timun sehingga halus kemudian tambah sedikit garam dan gula.
Selama beberapa hari, minum pada setiap pagi,petang dan malam.
3) Minum jus kelapa muda : Dapatkan air kelapa muda kemudian masukkan sesudu besar jintan
manis ke dalamnya dan biarkan semalaman. Minum airnya sehingga habis pada keesokan pagi.
Amalkan seminggu sekali.
4) Minum jus belimbing : Perah sebiji belimbing kemudian campurkan bersama segelas air kosong
tanpa ditambah gula. Tapis dan minum airnya dua kali sehari.
5) Yang ini pelik sedikit :) Ambil daun aloe vera. Dapatkan lendirnya kemudian lumurkan ke kepala,
bahagian bawah ketiak serta dada anda.
6) Tapi yang ini lagi pelik :) Dapatkan dua daun pisang. Layurkan di atas api. Letakkan satu di atas
lantai, baring di atasnya manakala satu lagi guna untuk menyelimuti tubuh anda. Lakukan pada
waktu pagi, petang dan malam.
7) Asam Jawa bukan sahaja digunakan dalam masakan. Coba ramaskan asam jawa dengan
semangkuk air. Sapukan air tersebut ke bahagian ubun-ubun dan seluruh kepala serta lain-lain
bahagian badan sebelum tidur.
8) Dan yang paling mudah sekali ialah minum banyak air kosong. Apabila kita mudah buang air
kecil. Ini akan turut membawa keluar haba dari dalam badan.
Selamat mencoba.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment