Tuesday, 29 March 2016

Bukit Bintang Di Tawan Pemandu Teksi






Huhuhuhu.... Pagi ni kite lambat nak gi keje :( Sangkut berejam dalam kete. Naseb minyak kete kite penuh guna gear auto. Call sna sni nak tau apa jadi... Kena potong gaji lagi sebab lambat. Rupa nya abang abang teksi tawan bukit bintang :(

Kenapa buat begini abang-abang smua?? sampai menyusahkan orang laen??
Selalu jalan bukit bintang jadi jem sebab abang-abang parking sebarangan mencari customer.

Adik tahu bukan semua buat begitu, Apa yang abang-abang perjuangkan adik sokong,
Tapi kali ni perbuatan abang-abang betul-betul tak patut.

Sedih kite tau :( 




Monday, 28 March 2016

8 Petua Menghilangkan Panas Badan


8 Petua menghilangkan panas badan.

 Badan kita akan berasa panas akibat suhu persekitaran yang tinggi terutama di waktu sekarang dengan gejal1a El-Nino atau selepas makan makanan yang memanaskan badan.

 Badan akan sering berpeluh dan menimbulkan masalah bau yang kuat dan adakalanya sampai sukar untuk tidur di waktu malam.

 Petua-petua di bawah ini untuk menghilangkan atau menurunkan panas badan. Coba lah!!

 1) Minum jus lemon : Perah sebiji lemon dan bancuh bersama segelas air dan sedikit gula.

 2) Minum jus timun : Kisar sebiji timun sehingga halus kemudian tambah sedikit garam dan gula.
     Selama beberapa hari, minum pada setiap pagi,petang dan malam.

 3) Minum jus kelapa muda : Dapatkan air kelapa muda kemudian masukkan sesudu besar jintan
     manis ke dalamnya dan biarkan semalaman. Minum airnya sehingga habis pada keesokan pagi.
     Amalkan seminggu sekali.

 4) Minum jus belimbing : Perah sebiji belimbing kemudian campurkan bersama segelas air kosong
     tanpa ditambah gula. Tapis dan minum airnya dua kali sehari.

 5) Yang ini pelik sedikit :) Ambil daun aloe vera. Dapatkan lendirnya kemudian lumurkan ke kepala,
      bahagian bawah ketiak serta dada anda.

 6) Tapi yang ini lagi pelik :) Dapatkan dua daun pisang. Layurkan di atas api. Letakkan satu di atas
      lantai, baring di atasnya manakala satu lagi guna untuk menyelimuti tubuh anda. Lakukan pada
      waktu pagi, petang dan malam.

 7) Asam Jawa bukan sahaja digunakan dalam masakan. Coba ramaskan asam jawa dengan
      semangkuk air. Sapukan air tersebut ke bahagian ubun-ubun dan seluruh kepala serta lain-lain
      bahagian badan sebelum tidur.

 8) Dan yang paling mudah sekali ialah minum banyak air kosong. Apabila kita mudah buang air
     kecil. Ini akan turut membawa keluar haba dari dalam badan.

 Selamat mencoba.


PETUA MUJARAB HILANGKAN BATUK


PETUA MUJARAB HILANGKAN BATUK 

PETUA 1:
HALIA + LEMON + MADU

Terdapat dua cara yang boleh dipilih:

#1) Halia dan buah lemon dihiris nipis. #Masukkan hirisan halia dan lemon serta madu ke dalam sebotol air.

2) Sedikit halia ditumbuk lumat dan diambil airnya. Campurkan air halia dengan madu, jus lemon dan air biasa. Cara ini lebih berkesan.

PETUA 2:
LEMON + MADU

Jus daripada beberapa hirisan lemon dicampur dengan madu dan dibancuh dalam air suam.

• Lemon boleh digantikan dengan buah limau nipis.

PETUA 3:
BAWANG PUTIH - PALING MUJARAB!

Seulas bawang putih disalai selama beberapa minit lalu dimakan begitu sahaja.

PETUA 4:
AIR ASAM MASIN - PALING SEDAP!
(TANPA GULA)

Rendamkan sedikit asam masin dengan air suam lalu diminum air asam masin ini.

Tidak diketahui apakah khasiat asam masin sehingga ia boleh mengurangkan batuk tetapi ternyata ia melegakan tekak yang perit akibat sering batuk.

PETUA 5:
AIR BELIMBING -  BOLEH MINUM SELALU!
(TANPA GULA)

Minum jus buah belimbing yang tidak dicampurkan gula.

PETUA 6:
AIR KOLA

#Terdapat dua petua penggunaan air kola untuk mengurangkan batuk.

1) Rebus air kola selama setengah jam dan minum setelah air kola itu sejuk pada suhu bilik.

2) Minum setin air kola yang tidak disejukkan.

PETUA 7:
LIMAU NIPIS + KICAP + GARAM

Perah beberapa titis jus  limau nipis pada sesudu kicap dan sedikit garam untuk dijadikan ‘ubat batuk’ stail lama.

KHASIAT BAHAN-BAHAN ‘PENGUBAT’ BATUK

#HALIA: Dipercayai mempunyai khasiat membasmi kuman, malah terdapat kajian yang menyatakan
halia dipercayai boleh membunuh sel barah.

#LEMON: Buah lemon kaya dengan antioksidan dan jus buah ini dapat meningkatkan pengeluaran antibodi di dalam tubuh. Ia juga mempunyai khasiat antibakteria dan mampu membantu tubuh
menentang jangkitan, terutama sekali jangkitan dada dan melawan semput.

#LIMAU NIPIS: Rasa masam pada limau nipis dan semua jenis limau berperanan menyingkirkan toksin. Rasa masam dan bahan kimia pektin yang terkandung di dalam limau nipis dipercayai boleh membantu
menghilangkan racunracun di dalam tubuh.

#MADU: Mengandungi bahan antibakteria yang dikatakan mampu melawan bakteria penyebab batuk. Turut dikatakan berkhasiat untuk mengurangkan kahak dan batuk.

#BUAH BELIMBING: Dipercayai mempunyai khasiat antipiretik (boleh mengurang atau menyembuhkan demam) dan ekspektoran (meningkatkan perembesan bronkial dan memudahkan penyingkirannya), selain khasiat antiradang.